Rabu, 10 Februari 2016

Surah 17 (51~60)

Bani Israil, dari ayat 51~60;


51. “Atau jadilah satu kejadian lain yang besar pada fikiran kamu”. Mereka akan bertanya; “siapakah yang akan kembalikan kita ?” katakan lah; “yang telah jadikan kamu pada permulaan kali”,  maka mereka akan gelengkan kepala-kepala mereka kepada mu dan mereka akan bertanya; “kenapakah kejadian itu?” katakanlah; “mudah-mudahan ia itu lekas”.

52. Ingatlah hari yang ia akan panggil kamu, maka kamu akan diperkenankan dengan memuji kepadanya, dan kamu sangka, bahawa kamu tinggal hanya sebentar sahaja.

53. Dan katakan lah kepada hamba-hamba ku, supaya mereka ucapkan perkataan yang lebih baik, sesungguhnya syaitan akan mengharu diantara mereka, sesungguhnya syaitan itu, terhadap manusia, adalah satu musuh yang nyata.

54. Tuhan kamu lebih mengetahui tentang kamu, jika ia kehendaki ia akan beri rahmat kepada kamu, atau kalau ia mahu, ia akan azab kamu, dan tidak kami utus mu sebagai seorang penjaga terhadap mereka.

55. Dan Tuhan mu lebih mengetahui apa  yang ada dilangit-langit dan dibumi, dan sesungguhnya kamu telah lebihkan sebahagian dari nabi-nabi atas sebahagian nya, dan kami telah berikan kepada Daud kitab zabur.

56. Katakan lah; “panggil lah berhala-berhala yang kamu anggap tuhan selain dari Dia. Maka mereka tidak boleh hilangkan bahaya daripada kamu dan tidak boleh  mereka pindahkan nya.

57. Berhala-berhala yang mereka seru itu, mencari perantaraan ke tuhan mereka siapakah dari antara mereka terlebih dekat ? dan mereka mengharap rahmat nya dan mereka takut akan azab nya, kerana sesungguhnya azab Tuhan mu itu, adalah yang patut ditakuti.

58. Dan tidak ada satu pun negeri, melainkan kami akan binasa kan dia sebelum hari kiamat, atau kami akan azab penduduk nya dengan satu azab yang sangat, adalah yang demikian itu, tertulis didalam kitab.

59. Dan tidak ada yang menghalangi kami mengutus Mohamad  dengan membawa tanda-tanda, melainkan lantaran didustakan tanda-tanda itu oleh orang-orang dahulu, dan kami telah berikan kepada Samud, unta itu sebagai satu tanda yang menerangkan tetapi mereka zalimi diri mereka dengan dia, dan tidak kami adakan tanda-tanda itu, melainkan buat menakutkan.
.
.

Following Twitter,
[]  https://twitter.com/junknajid2/status/697582175093280769




.